Friday, February 4, 2022

Sangat Memalukan, Brek Motosikal Warga Perancis Kena Rembat Di Malaysia.




Mungkin diantara kita mempunyai hobi mengembara, jika mempunyai duit simpanan yang mencukupi pasti setiap pelusuk bumi ingin diterokai. Bagi pengembara, perjalanan yang jauh dapat menambah pengalaman serta memberi kepuasan dalam hidup. 


Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang lelaki warganegara Perancis terpaksa menangguhkan perjalanannya dek kerana angkup atau kaliper brek motosikalnya dicuri di Butterworth, Pulau Pinang. 


Sebelum tibanya di Pulau Pinang, tempat terakhir yang Sylvain sempat kunjungi ialah dibeberapa tempat menarik Thailand termasuklah Bangkok, Patayya, Rayong dan Taman Negara Khao Yai. 







Lelaki yang bernama Sylvain Ratichon Ract sebenarnya sedang melakukan perjalanan solo menggunakan motosikal berkuasa tinggi mengelilingi Asia Tenggara. Apa yang menyedihkan, kaliper brek yang hilang itu tidak terdapat di Malaysia. Sebaliknya brek itu harus ditempah dari Austaralia dengan harga AUS$ 1,500 bersamaan RM 4,499 duit Malaysia. 






 Selain luahannya di facebook, Sylvain turut berkongsi pengalaman duka beliau di laman twiter My Crime Watch. Rata-rata netizen menunjukan rasa malu di atas perbuatan pencuri tersebut. 






 Benar, peristiwa ini sangat memalukan. Ini kerana Malaysia sangat disegani di Asia Tenggara. Kecurian motor di Malaysia ini sudah berlaku berpuluh tahun. Kita tidak boleh salahkan PDRM semata-mata, sebaliknya masyarakat juga perlu memainkan peranan membateras gejala ini. Apa kata anda?

No comments:

Post a Comment