Apa yang menariknya, youtuber bernama Nabila Maharani membawakan lagu
ini duet bersama Zinidin Zidan, menjadi trending sehingga mendapat 70 juta
tontonan hanya dalam masa 2 bulan. Selain itu, lagu ini dinyanyikan busking
dijalanan dan hanya iringan gitar semata-mata tanpa menggunakan alat muzik yang
lain.
Menurut Nabila, itu merupakan duet pertama dia bersama Zidan dan dia turut
mengakui bahawa Zidan mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian. Dalam video
yang berdurasi 7 minit itu menyaksikan mereka berdua membawakan lagu itu sedikit
kelainan serta menurunkan sedikit tempo mendayu melayu sehingga lagu itu viral
di seluruh Indonesia.
Selepas dua bulan berlalu, nama Zinidan Zidan meningkat
naik hanya dalam hanya sekelip mata. Selain popular di aplikasi tiktok, Zidan
juga mempunyai channel youtube sendiri yang kini sudah mencecah 1.8
juta subscribe. Anak muda kelahiran Palu ini sebenarnya merupakan pelajar
jurusan perguruan dan ilmu pendidikan. Dalam satu sesi temubual bersama Anang
Hermansyah, Zidan mengakui masih binggung untuk memilih menjadi penyanyi ataupun
guru.
“ Ya Mas ( Abang ) sebelum saya viral, saya merupakan seorang penjaga
warung milik keluarga dan pelajar dalam bidang pendidikan. Selepas melihat
pengikut youtube meningkat saya masih binggung mahu kedepannya jadi youtuber
ataupun guru (cikgu). Buat masa sekarang saya mengikut arus dulu menghasilkan
content di tiktok dan youtube, manakala akak kandung saya menguruskan urusan
management”. Katanya.
Selain dari mereka bertiga, lagu Buih Jadi Permaidani ini
turut dinyanyikan oleh beberapa youtuber popular dan juga artis Indonesia.
Antara artis tersebut adalah Charly bekas vokalis kumpulan band ST12. Selain
daripada itu, lagu Dinda nyanyian kumpulam Masdo juga turut menjadi sebutan
warga Indonesia kerana turut menjadi viral di sana.
No comments:
Post a Comment