Wednesday, February 9, 2022

Kenali Posisi Tidurmu, Adakah Baik Untuk Kesihatan?




Tidur merupakan keperluan setiap manusia yang perlu dinikmati sebaik-baiknya. Dalam menjalani gaya hidup sihat, bukan setakat cara pemakanan sihat sahaja yang anda perlu tahu, cara tidur yang baik juga memerlukan sedikit pengetahuan agar setiap saat yang digunakan untuk tidur terasa bermakna sebaik sahaja anda terjaga. Jadi kenali posisi tidurmu supaya kamu tahu adakah ia baik atau buruk untuk kesihatan kamu. 
 
1) Tidur dengan meniarap 

Dr Zafir al-Attar berkata: “Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “ Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

 2) Tidur menelentang 

Dr Zafir al-Attar berkata: Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara. Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang. 

 3) Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung. 




 4) Tidur mengiring ke kanan ( Tidur yang terbaik ) 

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman. 

Kajian telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2 hingga 4 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama. Jadi Apakah Posisi Tidurmu?

SQUID GAME FULL EPISOD ( 1-9 )


Aku yakin ramai dan tengok drama BERSIRI 9 EPISOD ini. Tapi masa tu mungkin kualiti yang kurang tengok di YouTube dan FB sangat teruk..Bawah ini aku da bagi Link untuk korang..Kualiti 1080 FHD dan 720 HD.

Disebabkan ini website baru..korang jangan lupa follow website ini..Butang FOLLOW ada disebelah kanan atas.




SINOPSIS CERITA 

MALAY
 Kisah tentang orang yang gagal dalam hidup atas pelbagai sebab, tetapi tiba-tiba menerima jemputan misteri untuk menyertai permainan survival untuk memenangi lebih 38 juta dolar AS. Permainan ini berlaku di pulau terpencil dan para peserta dikurung sehingga ada pemenang akhir. Cerita ini akan menggabungkan permainan kanak-kanak popular dari tahun 1970-an dan 1980-an korea, seperti permainan sotong, terjemahan literal nama Korea, iaitu sejenis tag di mana kesalahan dan pertahanan menggunakan papan berbentuk sotong yang dilukis di atas tanah.


INDONESIA 
Sebuah kisah tentang orang-orang yang gagal dalam hidup karena berbagai alasan, tetapi tiba-tiba menerima undangan misterius untuk berpartisipasi dalam permainan bertahan hidup untuk memenangkan lebih dari 38 juta dolar AS. Permainan berlangsung di sebuah pulau terpencil dan para peserta dikurung sampai ada pemenang akhir. Cerita ini akan menggabungkan permainan anak-anak populer dari tahun 1970-an dan 1980-an korea, seperti permainan cumi-cumi, terjemahan harfiah dari nama Korea, yang merupakan jenis tag di mana pelanggaran dan pertahanan menggunakan papan berbentuk cumi-cumi yang digambar di tanah.









Kelemumur Anda Parah, Atasi Dengan Cara Ini


BACA ARTIKEL PANAS!! SQUID GAME FULL EPISOD

"ADUH GATAL, GARU TENGAH MALAM, LUKA, PEDIH KETIKA MANDI, KULIT KERING BERKUPING" 

 Itu merupakan rungutan mereka yang alami kelemumur. Ramai beranggapan masalah ini berpunca pada individu yang malas mandi..tapi ternyanta salah. Banyak penyebab punca kelemumur ini. Antara penyebab di PETIK dari MYHEALTH YOUTUBE ada di gambar bawah.




Selain itu jika tidak dirawat segara, mungkin kulit kepala korang akan jadi seperti ini.






 GENG!! bukan korang je alami masalah ini..aku pun sama..tapi aku tak la teruk sangat..cuma aku malu ketika nak pergi gunting rambut..walaupun da shampoo tapi tetap kelemumur jatuh di baju ketika gunting.

Aku da jumpa cara atasi masalah ini..Shampoo ini merupakan shampoo yang di jual dipasaran secara global..maksudnya geng shampoo ini da berkesan mengubati penyakit ini di peringkat dunia..MASIH TAK PERCAYA MARI KITA TONTON VIDEO PENGALAMAN BROTHER INI PAKAI SHAMPOO INI..DIA ALAMI KELEMUMUR DEKAT 20 TAHUN DI BAWAH INI 




INI DIA SELSUN BLUE PRO X EXTRA STRENGTH




 DAPATKAN DI LAZADA DAN SHOPEE


 LINK SHOPEE https://invol.co/cl8xr3j 

MARI KITA KEMBALIKAN KULIT KEPALA YANG SIHAT..SELAMAT MENCUBA!!

Friday, February 4, 2022

Sangat Memalukan, Brek Motosikal Warga Perancis Kena Rembat Di Malaysia.




Mungkin diantara kita mempunyai hobi mengembara, jika mempunyai duit simpanan yang mencukupi pasti setiap pelusuk bumi ingin diterokai. Bagi pengembara, perjalanan yang jauh dapat menambah pengalaman serta memberi kepuasan dalam hidup. 


Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang lelaki warganegara Perancis terpaksa menangguhkan perjalanannya dek kerana angkup atau kaliper brek motosikalnya dicuri di Butterworth, Pulau Pinang. 


Sebelum tibanya di Pulau Pinang, tempat terakhir yang Sylvain sempat kunjungi ialah dibeberapa tempat menarik Thailand termasuklah Bangkok, Patayya, Rayong dan Taman Negara Khao Yai. 







Lelaki yang bernama Sylvain Ratichon Ract sebenarnya sedang melakukan perjalanan solo menggunakan motosikal berkuasa tinggi mengelilingi Asia Tenggara. Apa yang menyedihkan, kaliper brek yang hilang itu tidak terdapat di Malaysia. Sebaliknya brek itu harus ditempah dari Austaralia dengan harga AUS$ 1,500 bersamaan RM 4,499 duit Malaysia. 






 Selain luahannya di facebook, Sylvain turut berkongsi pengalaman duka beliau di laman twiter My Crime Watch. Rata-rata netizen menunjukan rasa malu di atas perbuatan pencuri tersebut. 






 Benar, peristiwa ini sangat memalukan. Ini kerana Malaysia sangat disegani di Asia Tenggara. Kecurian motor di Malaysia ini sudah berlaku berpuluh tahun. Kita tidak boleh salahkan PDRM semata-mata, sebaliknya masyarakat juga perlu memainkan peranan membateras gejala ini. Apa kata anda?

Thursday, January 20, 2022

Ingin Sihat Sampai Tua, Hentikan 5 Kebiasaan Buruk Ini.

Bagi kebanyakan orang, masa muda adalah masa yang paling menggembirakan kerana stamina tubuh berada dalam keadaan terbaik. Anda boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dalam sehari dan jarang jatuh sakit. Walaubagaimanapun, ada sebahagian orang yang membiarkan dirinya melakukan kebiasaan buruk sehingga boleh menjejaskan kesihatannya pada masa akan datang.Membiarkan diri melakukan kebiasaan buruk sama seperti membahayakan masa depan anda. Mungkin kesannya tidak nampak kerana anda masih muda. 

Anda mungkin hanya mengalami batuk atau sakit ringan yang mungkin sembuh hanya dalam beberapa hari. Namun, seiring bertambahnya usia, kesan negatifnya akan mulai anda rasa sehingga menahan anda dari melakukan sebarang aktiviti yang anda mahukan. Sekiranya anda tidak membuat perubahan dari sekarang, cepat atau lambat badan anda akan menderita walaupun anda masih muda.

Terdapat lima tabiat buruk yang mesti anda hentikan segera, agar kesihatan anda tetap terjaga sampai tua. 

1.  Merokok

Tidak kira apa jenis rokok yang anda hisap, tembakau sangat berbahaya bagi kesihatan anda. Tidak ada bahan selamat dalam produk tembakau, sama ada dari aseton, tar, nikotin, dan karbon monoksida. Bahan yang anda hisap tidak hanya mempengaruhi paru-paru anda, malah juga boleh mempengaruhi seluruh badan anda.Kesan nikotin boleh merosakkan fungsi kognitif dan membuat anda merasa cemas dan mudah tertekan. Nikotin juga boleh menyebabkan sakit kepala dan juga masalah tidur. Itu baru nikotin, masih ada 7000 bahan berbahaya yang masuk ke dalam badan anda ketika anda merokok dan sebahagian daripadanya boleh menyebabkan kanser. Setakat ini belum ada cara yang pasti untuk merawat kanser, cara untuk mengelakkan kemungkinan mendapat penyakit kanser adalah dengan berhenti merokok mulai sekarang.

2. Lewat Tidur

Anda pasti pernah mendengar bahawa tidur sangat penting untuk kesihatan. Anda mungkin juga mendengar bahawa tidur lebih awal sangat baik untuk badan anda. Walaupun anda mengetahui kebaikannya tetapi anda masih sukar melakukannya kerana ada banyak perkara yang ingin anda buat, contohnya menonton filem dan bermain permainan video. Semasa anda  muda, anda mungkin tidak menganggapnya masalah kerana anda mempunyai banyak tenaga.  Kebiasaan tidur lewat malam membuat anda mengalami perkara-perkara seperti ini, berat badan dan gula dalam darah meningkat, sukar menumpukan perhatian, lambat untuk bertindak balas, mudah lupa , mempunyai masalah kulit dan melemahkan sistem imuniti badan. Sekiranya dibiarkan berterusan, anda mungkin akan mengalami penyakit jantung dan kemurungan. Jadi mulai sekarang, matikan telefon bimbit dan komputer riba anda sebelum larut malam. Biarkan diri dalam  kegelapan dan lambat laun anda pasti tertidur. Ia mungkin sukar, tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa. 

3. Postur Tubuh Buruk

Sejak kecil hingga sekarang, pasti anda sering disuruh berdiri tegak ketika berjalan atau duduk. Berdiri dan duduk tegak menjadikan anda kelihatan lebih gagah dan menawan. Namun, ternyata postur boleh memberi kesan lebih dari sekadar penampilan anda. Terdapat beberapa kesan sampingan yang mengejutkan dari postur badan yang tidak anda sedari. Bagaimana anda berdiri dan duduk boleh memberi kesan kepada seluruh badan anda, baik dari segi fizikal dan mental.Membongkok memang terasa selesa, tetapi kesan negatif yang dihasilkan jauh dari selesa. Terdapat banyak kesan buruk sekiranya anda sering membongkok. Ia mengakibatkan sakit belakang, kerap sakit kepala, sukar tidur, sakit urat leher, masalah membuang air besar dan juga tekanan darah tinggi. Oleh itu, pastikan badan anda lurus semasa anda berada di mana sahaja. Sekiranya anda penat, rehat seketika tetapi jangan biarkan badan anda membongkok terlalu lama.

4. Kurang Air Putih

Air adalah bahagian penting dalam kehidupan. Sebilangan besar badan manusia terdiri daripada cecair. Air berfungsi untuk membekal mineral, vitamin, protein, dan nutrien lain ke seluruh badan anda. Air juga merupakan pelincir untuk tisu badan, termasuk untuk sendi dan tulang otot. Kerana peranannya sangat penting, manusia memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk menjalankan proses metabolisme.Walaupun peranannya sangat penting, ramai orang tidak suka mengambil air putih kerana rasanya yang kurang enak. Mereka cenderung mengambil air yang mengandungi perisa tiruan seperti minuman ringan, kopi, dan sebagainya. Tidak salah mengambil minuman seperti itu, tetapi perlu diingat jika mengambilnya berlebihan akan mendatangkan kesan buruk. Ini kerana,  gula dalam badan akan  membuka pintu untuk diabetes, masalah buah pinggang, kegemukan, jangkitan saluran kencing dan sebagainya. Sekiranya anda masih menyanyangi kesihatan dan masa depan anda, mulai sekarang minum lebih banyak air putih.

5. Kurang Cahaya Matahari

Kebanyakan manusia menghabiskan masanya di tempat kerja dan juga rumah, ini boleh mengakibatkan kurangnya pendedahan cahaya matahari. Kekurangan cahaya matahari boleh mempengaruhi tubuh secara fizikal, mental dan emosi.Sekiranya anda jarang terdedah kepada cahaya matahari, maka anda akan mengalami kekurangan vitamin D. Ini membuka peluang untuk mendapat penyakit seperti diabetes, penyakit jantung,  keguguran rambut, penyakit gusi, kerosakan gigi  dan sebagainya. Jadi ambil masa sekurangnya 30 minit sehari menghadap cahaya matahari. 

Kesimpulannya, masih banyak tabiat buruk yang mesti anda hentikan sebelum terlambat. Lima perkara di atas boleh anda lakukan sekarang tanpa menunggu masa yang sesuai. Sudah tentu, perubahan ini tidak selesa, tetapi ia adalah untuk kebaikan jangka panjang. Jadi Apakah pilihan anda? 

Saturday, January 15, 2022

" Buih Jadi Permaidani " Sangat Viral Di Indonesia.




Masihkah anda ingat lagu " Mengintai Dari Tirai Kamar " nyanyian kumpulan Exist, kini kembali viral di Indonesia. Lagu yang pernah popular sekitar 90 an ini mempunyai dua versi iaitu versi Malaysia dan juga versi Indonesia. Di Indonesia lagu ini dikenali dengan tajuk “Buih Jadi Permaidani” yang juga pernah menembusi pasaran Indonesia sekitar 90 an. Lagu ciptaan Saari Amri ini, kini mendapat tempat semula di Indonesia apabila ramai youtuber dan tiktok menyanyikan semula lagu ini. 

 Apa yang menariknya, youtuber bernama Nabila Maharani membawakan lagu ini duet bersama Zinidin Zidan, menjadi trending sehingga mendapat 70 juta tontonan hanya dalam masa 2 bulan. Selain itu, lagu ini dinyanyikan busking dijalanan dan hanya iringan gitar semata-mata tanpa menggunakan alat muzik yang lain. 



Menurut Nabila, itu merupakan duet pertama dia bersama Zidan dan dia turut mengakui  bahawa Zidan mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian. Dalam video yang berdurasi 7 minit itu menyaksikan mereka berdua membawakan lagu itu sedikit kelainan serta menurunkan sedikit tempo mendayu melayu sehingga lagu itu viral di seluruh Indonesia. 

Selepas dua bulan berlalu, nama Zinidan Zidan meningkat naik hanya dalam hanya sekelip mata. Selain popular di aplikasi tiktok, Zidan juga mempunyai channel  youtube sendiri yang kini sudah mencecah 1.8 juta subscribe. Anak muda kelahiran Palu ini sebenarnya merupakan pelajar jurusan perguruan dan ilmu pendidikan. Dalam satu sesi temubual bersama Anang Hermansyah, Zidan mengakui masih binggung untuk memilih menjadi penyanyi ataupun guru.




 “ Ya Mas ( Abang ) sebelum saya viral, saya merupakan seorang penjaga warung milik keluarga dan pelajar dalam bidang pendidikan. Selepas melihat pengikut youtube meningkat saya masih binggung mahu kedepannya jadi youtuber ataupun guru (cikgu). Buat masa sekarang saya mengikut arus dulu menghasilkan content di tiktok dan youtube, manakala akak kandung saya menguruskan urusan management”. Katanya.


 
Selain dari mereka bertiga, lagu Buih Jadi Permaidani ini turut dinyanyikan oleh beberapa youtuber popular dan juga artis Indonesia. Antara artis tersebut adalah Charly bekas vokalis kumpulan band ST12. Selain daripada itu, lagu Dinda nyanyian kumpulam Masdo juga turut menjadi sebutan warga Indonesia kerana turut menjadi viral di sana.

 


Nasib baiklah di musim pandemik ini konsert besar-besaran tidak dibenarkan, jika tidak pasti kumpulan Exist dan Masdo mendapat banyak tawaran persembahan dari negara seberang. Apa Kata Anda? 

Tuesday, December 7, 2021

Dulu Penyanyi Nasyid, Kini Doktor Kulit

Mungkin ramai yang sudah lupa vokalis nasyid kumpulan Saujana, Khairul Idzwan Baharin yang kini merupakan doktor pakar kulit dan mempunyai klinik sendiri. Senang disapa sebagai Idzu Baharin, kini penyanyi Sepohon Kayu itu sudah hampir menginjak usia 40 tahun.
Ditanya mengenai penampilannya yang sedikit feminin, Idzu menjawab “ Saya tidak kisah apa dipersoalkan netizen kerana ahli keluarga dan sahabat Saujana lebih mengenali saya. Netizen beranggapan saya masih memakai baju kotak kotak dan berkopiah bulat sedangkan ketika itu saya masih berumur 16 dan bersekolah. Saya lebih selesa menjadi diri saya yang sebenar walaupun dikecam oleh netizen”. Katanya kepada MStar. 

 Namun begitu masih ramai merindukan suara penyanyi ini. 

“ Saya teruja kerana ramai yang masih ingat dan dapat mengenalpasti suara saya di tiktok. Ramai yang mesej saya rindu kenangan zaman sekolah, zaman masuk pertandingan nasyid dan zaman nasyid yang popular era 90 an. Mereka seolah-olah kembali kepada masa silam apabila saya menyanyikan semula lagu nasyid saujana". katanya seloroh.
Ditanya mengenai status perkahwinan. Idzu menjawab “ Saya masih teruna dan bujang walaupun ramai yang ingat saya dah berkahwin, mungkin atas kerjaya saya yang sibuk membuatkan saya tiada masa mencari soal jodoh. Saya masih lagi mencari dan doakan jodoh saya tiba secepat mungkin”. Katanya kepada MStar.

Semoga Doktor Idzu bahagia menjalani kehidupan dan bertemu jodoh hendaknya, tiada salah berpenampilan baru asalkan menutup aurat dan tidak melanggar peraturan Islam. Kejayaan Doktor Idzu mungkin menjadi pemangkin semangat kepada anak muda yang bakal bergelar doktor.