Thursday, January 20, 2022

Ingin Sihat Sampai Tua, Hentikan 5 Kebiasaan Buruk Ini.

Bagi kebanyakan orang, masa muda adalah masa yang paling menggembirakan kerana stamina tubuh berada dalam keadaan terbaik. Anda boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dalam sehari dan jarang jatuh sakit. Walaubagaimanapun, ada sebahagian orang yang membiarkan dirinya melakukan kebiasaan buruk sehingga boleh menjejaskan kesihatannya pada masa akan datang.Membiarkan diri melakukan kebiasaan buruk sama seperti membahayakan masa depan anda. Mungkin kesannya tidak nampak kerana anda masih muda. 

Anda mungkin hanya mengalami batuk atau sakit ringan yang mungkin sembuh hanya dalam beberapa hari. Namun, seiring bertambahnya usia, kesan negatifnya akan mulai anda rasa sehingga menahan anda dari melakukan sebarang aktiviti yang anda mahukan. Sekiranya anda tidak membuat perubahan dari sekarang, cepat atau lambat badan anda akan menderita walaupun anda masih muda.

Terdapat lima tabiat buruk yang mesti anda hentikan segera, agar kesihatan anda tetap terjaga sampai tua. 

1.  Merokok

Tidak kira apa jenis rokok yang anda hisap, tembakau sangat berbahaya bagi kesihatan anda. Tidak ada bahan selamat dalam produk tembakau, sama ada dari aseton, tar, nikotin, dan karbon monoksida. Bahan yang anda hisap tidak hanya mempengaruhi paru-paru anda, malah juga boleh mempengaruhi seluruh badan anda.Kesan nikotin boleh merosakkan fungsi kognitif dan membuat anda merasa cemas dan mudah tertekan. Nikotin juga boleh menyebabkan sakit kepala dan juga masalah tidur. Itu baru nikotin, masih ada 7000 bahan berbahaya yang masuk ke dalam badan anda ketika anda merokok dan sebahagian daripadanya boleh menyebabkan kanser. Setakat ini belum ada cara yang pasti untuk merawat kanser, cara untuk mengelakkan kemungkinan mendapat penyakit kanser adalah dengan berhenti merokok mulai sekarang.

2. Lewat Tidur

Anda pasti pernah mendengar bahawa tidur sangat penting untuk kesihatan. Anda mungkin juga mendengar bahawa tidur lebih awal sangat baik untuk badan anda. Walaupun anda mengetahui kebaikannya tetapi anda masih sukar melakukannya kerana ada banyak perkara yang ingin anda buat, contohnya menonton filem dan bermain permainan video. Semasa anda  muda, anda mungkin tidak menganggapnya masalah kerana anda mempunyai banyak tenaga.  Kebiasaan tidur lewat malam membuat anda mengalami perkara-perkara seperti ini, berat badan dan gula dalam darah meningkat, sukar menumpukan perhatian, lambat untuk bertindak balas, mudah lupa , mempunyai masalah kulit dan melemahkan sistem imuniti badan. Sekiranya dibiarkan berterusan, anda mungkin akan mengalami penyakit jantung dan kemurungan. Jadi mulai sekarang, matikan telefon bimbit dan komputer riba anda sebelum larut malam. Biarkan diri dalam  kegelapan dan lambat laun anda pasti tertidur. Ia mungkin sukar, tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa. 

3. Postur Tubuh Buruk

Sejak kecil hingga sekarang, pasti anda sering disuruh berdiri tegak ketika berjalan atau duduk. Berdiri dan duduk tegak menjadikan anda kelihatan lebih gagah dan menawan. Namun, ternyata postur boleh memberi kesan lebih dari sekadar penampilan anda. Terdapat beberapa kesan sampingan yang mengejutkan dari postur badan yang tidak anda sedari. Bagaimana anda berdiri dan duduk boleh memberi kesan kepada seluruh badan anda, baik dari segi fizikal dan mental.Membongkok memang terasa selesa, tetapi kesan negatif yang dihasilkan jauh dari selesa. Terdapat banyak kesan buruk sekiranya anda sering membongkok. Ia mengakibatkan sakit belakang, kerap sakit kepala, sukar tidur, sakit urat leher, masalah membuang air besar dan juga tekanan darah tinggi. Oleh itu, pastikan badan anda lurus semasa anda berada di mana sahaja. Sekiranya anda penat, rehat seketika tetapi jangan biarkan badan anda membongkok terlalu lama.

4. Kurang Air Putih

Air adalah bahagian penting dalam kehidupan. Sebilangan besar badan manusia terdiri daripada cecair. Air berfungsi untuk membekal mineral, vitamin, protein, dan nutrien lain ke seluruh badan anda. Air juga merupakan pelincir untuk tisu badan, termasuk untuk sendi dan tulang otot. Kerana peranannya sangat penting, manusia memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk menjalankan proses metabolisme.Walaupun peranannya sangat penting, ramai orang tidak suka mengambil air putih kerana rasanya yang kurang enak. Mereka cenderung mengambil air yang mengandungi perisa tiruan seperti minuman ringan, kopi, dan sebagainya. Tidak salah mengambil minuman seperti itu, tetapi perlu diingat jika mengambilnya berlebihan akan mendatangkan kesan buruk. Ini kerana,  gula dalam badan akan  membuka pintu untuk diabetes, masalah buah pinggang, kegemukan, jangkitan saluran kencing dan sebagainya. Sekiranya anda masih menyanyangi kesihatan dan masa depan anda, mulai sekarang minum lebih banyak air putih.

5. Kurang Cahaya Matahari

Kebanyakan manusia menghabiskan masanya di tempat kerja dan juga rumah, ini boleh mengakibatkan kurangnya pendedahan cahaya matahari. Kekurangan cahaya matahari boleh mempengaruhi tubuh secara fizikal, mental dan emosi.Sekiranya anda jarang terdedah kepada cahaya matahari, maka anda akan mengalami kekurangan vitamin D. Ini membuka peluang untuk mendapat penyakit seperti diabetes, penyakit jantung,  keguguran rambut, penyakit gusi, kerosakan gigi  dan sebagainya. Jadi ambil masa sekurangnya 30 minit sehari menghadap cahaya matahari. 

Kesimpulannya, masih banyak tabiat buruk yang mesti anda hentikan sebelum terlambat. Lima perkara di atas boleh anda lakukan sekarang tanpa menunggu masa yang sesuai. Sudah tentu, perubahan ini tidak selesa, tetapi ia adalah untuk kebaikan jangka panjang. Jadi Apakah pilihan anda? 

Saturday, January 15, 2022

" Buih Jadi Permaidani " Sangat Viral Di Indonesia.




Masihkah anda ingat lagu " Mengintai Dari Tirai Kamar " nyanyian kumpulan Exist, kini kembali viral di Indonesia. Lagu yang pernah popular sekitar 90 an ini mempunyai dua versi iaitu versi Malaysia dan juga versi Indonesia. Di Indonesia lagu ini dikenali dengan tajuk “Buih Jadi Permaidani” yang juga pernah menembusi pasaran Indonesia sekitar 90 an. Lagu ciptaan Saari Amri ini, kini mendapat tempat semula di Indonesia apabila ramai youtuber dan tiktok menyanyikan semula lagu ini. 

 Apa yang menariknya, youtuber bernama Nabila Maharani membawakan lagu ini duet bersama Zinidin Zidan, menjadi trending sehingga mendapat 70 juta tontonan hanya dalam masa 2 bulan. Selain itu, lagu ini dinyanyikan busking dijalanan dan hanya iringan gitar semata-mata tanpa menggunakan alat muzik yang lain. 



Menurut Nabila, itu merupakan duet pertama dia bersama Zidan dan dia turut mengakui  bahawa Zidan mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian. Dalam video yang berdurasi 7 minit itu menyaksikan mereka berdua membawakan lagu itu sedikit kelainan serta menurunkan sedikit tempo mendayu melayu sehingga lagu itu viral di seluruh Indonesia. 

Selepas dua bulan berlalu, nama Zinidan Zidan meningkat naik hanya dalam hanya sekelip mata. Selain popular di aplikasi tiktok, Zidan juga mempunyai channel  youtube sendiri yang kini sudah mencecah 1.8 juta subscribe. Anak muda kelahiran Palu ini sebenarnya merupakan pelajar jurusan perguruan dan ilmu pendidikan. Dalam satu sesi temubual bersama Anang Hermansyah, Zidan mengakui masih binggung untuk memilih menjadi penyanyi ataupun guru.




 “ Ya Mas ( Abang ) sebelum saya viral, saya merupakan seorang penjaga warung milik keluarga dan pelajar dalam bidang pendidikan. Selepas melihat pengikut youtube meningkat saya masih binggung mahu kedepannya jadi youtuber ataupun guru (cikgu). Buat masa sekarang saya mengikut arus dulu menghasilkan content di tiktok dan youtube, manakala akak kandung saya menguruskan urusan management”. Katanya.


 
Selain dari mereka bertiga, lagu Buih Jadi Permaidani ini turut dinyanyikan oleh beberapa youtuber popular dan juga artis Indonesia. Antara artis tersebut adalah Charly bekas vokalis kumpulan band ST12. Selain daripada itu, lagu Dinda nyanyian kumpulam Masdo juga turut menjadi sebutan warga Indonesia kerana turut menjadi viral di sana.

 


Nasib baiklah di musim pandemik ini konsert besar-besaran tidak dibenarkan, jika tidak pasti kumpulan Exist dan Masdo mendapat banyak tawaran persembahan dari negara seberang. Apa Kata Anda?