Namun begitu masih ramai merindukan suara penyanyi ini.
“ Saya teruja kerana ramai yang masih ingat dan dapat mengenalpasti suara saya di tiktok. Ramai yang mesej saya rindu kenangan zaman sekolah, zaman masuk pertandingan nasyid dan zaman nasyid yang popular era 90 an. Mereka seolah-olah kembali kepada masa silam apabila saya menyanyikan semula lagu nasyid saujana". katanya seloroh.
Ditanya mengenai status perkahwinan. Idzu menjawab “ Saya masih teruna dan bujang walaupun ramai yang ingat saya dah berkahwin, mungkin atas kerjaya saya yang sibuk membuatkan saya tiada masa mencari soal jodoh. Saya masih lagi mencari dan doakan jodoh saya tiba secepat mungkin”. Katanya kepada MStar.
Semoga Doktor Idzu bahagia menjalani kehidupan dan bertemu jodoh hendaknya, tiada salah berpenampilan baru asalkan menutup aurat dan tidak melanggar peraturan Islam. Kejayaan Doktor Idzu mungkin menjadi pemangkin semangat kepada anak muda yang bakal bergelar doktor.